MUTIARA KATA : "Bacalah AL-Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya" - Hadith Riwayat Muslim

Sesungguhnya bahawa Allah SWT menjadikan setiap penyakit bersama-sama dengan penawarnya sekali. InsyaAllah semua penyakit boleh diubati dngan izin Allah SWT hanya kecuali mati sahaja. Kita sebagai insan biasa perlulah beriktiar, berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh dalam mencari kesembuhan penyakit. Kita hanya merancang dan beriktiar tetapi yang menyembuhkannya dan menentukan adalah milik mutlak Allah SWT. Oleh itu kami di Darul Kahfi dengan sedaya upaya beriktiar menolong masyarakat yang meminta bantuan melalui jalan-jalan yang diredhai oleh Allah SWT dan diiringi doa-doa daripada Al-Quran dan As-Sunnah serta bahan-bahan ubat yang selaras dengan hukum syarak.

Perkhidmatan Rawatan

Berikut adalah senarai pelbagai jenis penyakit yang pernah masyarakat rujuk kepada Darul Kahfi dalam usaha iktiar mereka untuk mencari kesembuhan.

1. Rawatan Santau
2. Segala Jenis Gangguan Spiritual (Makhluk Halus/Sihir)
3. Membuang Saka
4. Barah Seperti Barah Payu Dara / Rahim
5. Memasuki / Pagar Rumah Baru Atau Pejabat Baru
6. Berbekam (Sunnah Rasullullah SAW)
7. Kayap
8. Bertanggas (Untuk Wanita Sahaja)
9. Selusuh (Memudahkan Melahirkan Anak)
10. Pendekat Jodoh
11. Pelembut Hati
12. Urutan Tradisonal (Lelaki Sahaja)
13. Pelbagai Penyakit Misteri Atau Sukar Diubati Serta Pelbagai Jenis Penyakit Lain Yang Tidak Tersenarai Disini. Wallahuallam.

Rawatan Ke Atas Pesakit

Sesi berbual bagi mengenal pasti masalah serta punca pesakit
Pesakit akan diteliti terlebih dahulu mengenai latar belakang dan setiap permasalahan akan di scan (kaedah mengesan penyakit mistik/fizikal) dan di perhalusi satu persatu supaya pesakit mendapat maklumat dengan tepat. Selepas itu pesakit tersebut akan disarankan dengan rawatan yang sesuai. Bagi sesetengah pesakit kaunseling akan diberikan terlebih dahulu memandang kebanyakan pesakit yang hadir telah berputus asa dalam mengubati diri mereka sendiri. Alhamdullilah, dengan izin Allah SWT kebanyakan pesakit dapat menerima dan sudi untuk mengizinkan Pihak Darul kahfi mengubati mereka dengan sedaya upaya.

Seminar Perubatan Islam


Seminar Islam Semasa & Pengislaman Ilmu (Perubatan Alternatif Berdasarkan Prinsip2 Islam) pada 3hb Nov 2011 bertempat di De Palma Hotel Shah Alam, Selangor dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Tindakan JAIS mengadakan seminar tersebut adalah untuk memantau berlakunya kesalahan dan kesesatan dalam Perubatan Islam itu sendiri. Kami amat menyokong langkah-langkah yang diambil oleh JAIS. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari merawat.

Ust. Abdul Mutalib bergambar kenangan bersama salah seorang gurunya iaitu Prof. Dr. Harun Din seorang ulama yang terkenal dan telah banyak mencurah ilmu dan memberi bimbingan dan nasihat khususnya dalam bidang Perubatan Islam. Nama beliau sudah tidak asing lagi bagi kita semua sehingga kanak-kanak kecil turut mengenali beliau. Begitulah Allah menjaga dan memelihara barangsiapa yang mertabatkan Agama Islam termasuklah Perubatan Islam yang diredhai Allah, Wallahuallam. Semoga Prof. Ust. Harun Din dan seluruh keluarganya sentiasa diberkati Allah hendaknya selalu dan dalam RahmatNya. Amin.....

Rawatan Terapi Bekam

Perawat Azany sedang melakukan bekam ke atas salah seorang pesakit
Keistimewaan Kaedah Berbekam
* Membangkitkan kesegaran dalam tubuh badan kita. Serta membantu membuang unsur-unsur sihir yang berpunca dari ganguan jin dan syaitan. Sesunguhnya darah kotor adalah makanan syaitan, apabila darah kotor di buang maka keluarlah syaitan tersebut dari dalam badan manusia. Juga dapat membuang kesan racun, toksik, lendir dan angin dalam tubuh badan kita, di mana menjadi salah satu punca kebangkitan penyakit dalam badan manusia. Dan boleh menjadikan wajah seseorang itu lebih cantik dan menawan serta berseri-seri malah kulit menjadi lebih halus, cantik dan menarik.
* Menjadikan fikiran kita tenang dan lapang selalu. Selain itu juga dapat menjadikan badan kita terasa lebih ringan dan selesa. Daya ingatan seseorang menjadi lebih cerdas dan kuat. Penglihatan seseorang yang amalkan berbekam akan menjadi terang dan jelas. Sendi-sendi badannya akan menjadi lebih kuat, segar dan sihat. Berbekam tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan pada pengamalnya. Malah dapat memberi kesan yang baik pada kesihatan seseorang itu pada zahir dan batin.
* Seseorang yang mengamalkan bekam adalah orang yang menegakkan Sunnah Rasullullah SAW.

Perawat-Perawat Darul Kahfi

Perawat Azany dilahirkan pada 8hb Oktober 1975 dan bekerja sendiri. Sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak lelaki. Amat meminati bidang Perubatan Islam dan rawatan berbekam sunnah. Seorang yang periang, mudah tersenyum dan ringan tulang dalam usaha membantu hal-ehwal klinik. Beliau telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit-pesakit misteri gangguan jin & syaitan dan pelbagai halangan dan kesukaran harus dihadapi namun kekuatan dan ketabahan serta kesungguhan beliau, kini namanya sudah mula dikenali oleh ramai pesakit. 

Perawat Tarmizi Bin Abd. Ghani dilahirkan di Besut, Terengganu Darul Iman pada 7hb Okt 1986. Merupakan anak ke 7 dari 12 orang adik-beradik dan masih belum berkahwin. Berkerja sebagai Draftman di Flamingo, Ampang. Berminat dan menceburi dalam Perubatan Islam pada awal tahun 2010. Teliti dalam menandagani pesakit yang menghadapi gangguan spiritual / mistik serta  mudah memberi pertolongan dalam membantu hal-ehwal klinik dan begitu menitik berat dalam menjaga kebersihan Klinik. Merupakan anak murid Ustaz Talib yang suka bertanya, cepat memperlajari dan berkeyakinan tinggi dalam mengamal ilmu perubatan islam dengan bersungguh-sungguh.

Perawat Hamzah dilahirkan di Kedah pada 01hb Julai 1978. Mendapat didikan khusus dalam Kaedah Berbekam dan Rawatan Penyakit Barah. Alhamdullilah berkat kesabaran dan kesungguhan, beliau kini boleh merawat pesakit sambil di pantau oleh Ust. Abd Mutalib. Selain daripada itu, beliau juga melakukan urutan tradisional untuk lelaki dan  mengadakan Majlis Berendoi, kelas Merhaban, Berzanji, Berdah dan Mengajar Al-Quran bagi peringkat dewasa serta kanak-kanak.

Perawat Hafiz dilahirkan di Negeri Melaka pada tahun 1987. Merupakan anak ke dua bongsu dan berkerja di NPE Pantai Dalam. Menceburi dalam Perubatan Islam pada tahun 2007. Kemahiran dalam berbekam Sunnah serta teliti dalam menandagani pesakit yang menghadapi gangguan spiritual / mistik. Seorang yang mesra dan mudah mendekati pesakit serta pandai mengambil hati dan bertanggung jawab dalam hal ehwal pesakit. Amalan ini sedikit sebanyak dapat memberi kelegaaan dan kekuatan spiritual terhadap pesakit yang hadir. 

Pembantu-Pembantu Perawat

 
Pembantu Perawat Anizah Parman berkecimpung dalam bidang Perubatan Islam Alternatif pada tahun 2007 dan amat meminati dalam Berbekam Sunnah malah beliau sendiri turut mengamalkannya. Dilahirkan di Sabah, Negeri Bawah Bayu.  Sudah berkahwin dan mempunyai anak seramai 5 orang. Berkhidmat dalam Sektor Awam di Putrajaya. Mengendalikan kes-kes berbekam ke atas setiap pesakit , selain dari itu , beliau juga merupakan pembantu perawat wanita yang pertama yang menyumbang tenaga dalam mendoakan air-air penawar serta bahan-bahan perubatan.



Pembantu Perawat Rusmah Samad dilahirkan di Changkat Ibol, Taiping, Perak Darul Ridzuan pada 19hb Ogos 1973 merupakan anak kedua dari lapan orang adik-beradik. Bekerja di AL Supply Marketing Sdn Bhd sebagai pembantu pentadbiran. Mula mempelajari Perubatan Islam pada February 2009 dan telah berkahwin dan mempunyai sepasang anak. Tugasan beliau menyediakan ubat-ubatan selaras dengan penyakit pesakit tersebut dan memastikan kaunter pendaftaran dan pembayaran berjalan dengan lancar juga memastikan layanan yang baik ke atas setiap pesakit.

Pembantu Perawat Dan Pesakit

 
Pembantu Perawat Solleh sedang merawat sambil di perhatikan oleh Ust. Abdul Mutalib. Kelihatan Perawat Hamzah sedang mendoakan air penawar dan kelapa  muda. Sesi rawatan ini memakan hampir sejam lamanya. Hampir 2 tahun , pesakit tersebut mengidap penyakit misteri angkara hasad dengki manusia, pelbagai perkara yang dilarang dalam Agama Islam sanggup mereka lakukan. Mudah-mudahan mereka yang terlibat segera bertaubat. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka. Wallahuaallam.  Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayangNya, pesakit ini pulih sepenuhnya. Pihak Darul Kahfi mengharap semoga beliau seisi keluarga beroleh rahmat  dan keberkatan kesihatan yang baik dan rezeki yang murah serta diberkati.