Keistimewaan & Khasiat Bekam

Kebanyakan orang yang berbekam menyatakan tubuh mereka terasa jauh lebih ringan, hal ini disebabkan peredaran darah menjadi lebih lancar setelah darah statisnya (penyumbatan darah0 dikeluarkan. darah tersebut berwarna hitam pekat dan menggumpal seperti marus (darah yang diendapkan beberapa waktu).

Sebahagian kecil penyakit yang Insya Allah dapat dipulihkan adalah sebagai berikut :
* Kegemukan  * Penyakit kaki gajah  * Sakit pinggang  * Sakit perut
* Sembelit  * Gangguan jantung  * Radang perut  * Alergi makanan
* Sengal tulang  * Sesak nafas / Asma  *  Insomnia  *  Kejang otot
* Kencing manis  * Pusingan haid tidak teratur  * Masalah Ginjal
* Tekanan darah tinggi  * Sakit lutut dan sendi  * Sakit kaki
* Sakit tulang belakang  * Stroke / Angin Ahmar  * Gout
* Rheumatik  * Kedatangan haid tidak teratur
* Membaiki peredaran darah  * Pembuluh darah sempit/sumbat
* Sakit bahu/tengkuk  * Kurang daya ingatan / Fokus  
Dan masih banyak penyakit-penyakit lain yang tidak diketahui 
kecuali Allah semata-mata. Dia lah Yang Maha Penyembuh

Di antara Keistimewaan Al Hijamah
  • Membangkitkan kesegaran dalam tubuh badan kita. Serta membantu membuang unsur-unsur sihir yang berpunca dari ganguan jin dan syaitan. Sesunguhnya darah kotor adalah makanan syaitan, apabila darah kotor di buang maka keluarlah syaitan tersebut dari dalam badan manusia. 
  • Juga dapat membuang kesan racun, toksik, lendir dan angin dalam tubuh badan kita, di mana menjadi salah satu punca kebangkitan penyakit dalam badan manusia. 
  • Dan boleh menjadikan wajah seseorang itu lebih cantik dan menawan serta berseri-seri malah kulit menjadi lebih halus, cantik dan menarik.
  • Menjadikan fikiran kita tenang dan lapang selalu. Selain itu juga dapat menjadikan badan kita terasa lebih ringan dan selesa. Daya ingatan seseorang menjadi lebih cerdas dan kuat.
  • Penglihatan seseorang yang amalkan berbekam akan menjadi terang dan jelas. Sendi-sendi badannya akan menjadi lebih kuat, segar dan sihat.
  • Berbekam tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan pada pengamalnya. Malah dapat memberi kesan yang baik pada kesihatan seseorang itu pada zahir dan batin.
  • Seseorang yang mengamalkan bekam adalah orang yang menegakkan Sunnah Rasullullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW ; "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Muslim)