Kenali Apa Itu sihir

Sihir wujud sejak dahulu kala sehingga zaman Nabi Muhammad s.a.w, berlaku setiap zaman sehingga zaman kita dan diakui oleh as-Sunnah daripada beberapa kutipan hadis sahih, maka hukum mempercayainya adalah wajib. Jika kita menolak sihir dengan tidak mempercayainya, bermakna kita menolak kenyataan al-Quranul Karim dengan menafikannya. Hadis sahih pun sedemikian juga. Sebagai seorang muslim, kita percaya benarnya al-Quran, benarnya hadis, sihir memang wujud dan wajib dipercayai.

Firman Allah, “Musa a.s berkata kepada ahli-ahli sihir itu, lemparkanlah (lakukanlah) sihir anda sekalian. Tatkala mereka melakukannya, mereka menyulap pandangan ramai manusia (yang melihat) menjadikan mereka ketakutan, kerana mereka telah melakukan sihir agung yang menakjubkan.”(Surah al-A’raf ayat 116).

Manusia hari ini dengan mudah dan mempercayai sihir itu dapat membantu mereka dan menunaikan keinginan mereka dengan segera. Kepercayaan mereka telah mengatasi kerpercayaan kepada Rukun Iman iaitu 6 perkara Wajib. Namun mereka alpa disebalik perbuatan ini akan mejerumuskan ke arah rosaknya akidah iaitu boleh mensyirikkan Allah SWT. Sesungguhnya Syirik ini termasuk dalam tujuh dosa-dosa besar.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan. Baginda ditanya:” Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”
Dan sihir adalah dosa besar yang terletak pada tangga kedua selepas mensyirikkan Allah. Wallahuallam.

SIHIR adalah antara penyakit yang sukar untuk dikesan. Namun terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti apakah penyakit yang dialami itu berpunca daripada sihir. Tidak semua penyakit yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus berpunca daripada sihir kerana ada kalanya ia berpunca daripada gangguan 'tumpangan'.

Sihir dilakukan oleh manusia kepada manusia yang lain dengan perantaraan makhluk halus, biasanya bertujuan menimbulkan kesakitan, seksaan, mengganggu rumah tangga, menimbulkan rasa permusuhan. Ilmu sihir ini sengaja menggunakan makhluk halus untuk menganiaya dan merosakkan kehidupan manusia kerana didorong oleh perasaan zalim dam hasad dengki.

PENYAKIT terbahagi kepada dua jenis iaitu rohani dan jasmani. Sakit jasmani biasanya dikenali dengan beberapa tanda yang jelas seperti luka, patah dan sakit kepala. Sakit yang menyerang rohani pula seperti gangguan jiwa, runsing, hilang maya dan malas beribadat.Tetapi tidak dapat dinafikan ada beberapa penyakit rohani dan jasmani yang berpunca danpada gangguan syaitan.

Ada dua kaedah mengenal pasti penyakit yang berpunca daripada gangguan syaitan.
* Pertama, biasanya sebelum sakit manusia akan mengalami mimpi yang menggerunkan atau ternampak benda-benda yang ganjil dan menakutkan.
* Kedua, penyakit mungkin terjadi kerana adanya faktor 'tumpangan' terhadap penyakit yang asalnya berpunca daripada sakit fizikal.

Biasanya setelah 'ditumpang' oleh, gangguan makhluk halus, penyakit tersebut menjadi bertambah teruk dan sukar untuk diubati. Kebiasaanya sakit fizikal dapat dipulihkan dengan kaedah rawatan biasa, InsyaAllah. Disebabkan gangguan jahat makhluk halus yang 'menumpang' penyakit tersebut merebak dan tidak pulih walaupun diubati berkali-kali. Ini mungkin terjadi kerana adanya faktor "tumpangan". Sihir juga boleh menyebabkan penyakit yang dialami berubah-ubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain di anggota badan.

Manakalan Sihir Ilmu hitam yang diamalkan oleh manusia juga menjadi sebahagian daripada penyakit yang berpunca daripada gangguan jahat makhluk halus. Contohnya seperti sakit kepala yang sepatutnya sembuh apabila diubati dengan cara biasa tetapi akibat gangguan itu, kesannya berpanjangan dan sukar disembuhkan. Apabila mengalami gangguan yang begini adalah tidak mustahil manusia terkena sihir.

Malah sihir itu juga dapat memalukan manusia itu sendiri, yang menbolehkan melakukan perkara-perkara di luar batasan atau akal fikiran manusia itu. Seperti menelanjangi di khalayak ramai, menjerit memaki hamun dan sebagainya. Bahkan ada sampai peringkat membunuh diri atau cederakan diri sendiri serta ahli keluarga.

Di Perubatan Islam Darul Kahfi sendiri pun pernah berhadapan dengan masalah ini di mana salah seorang pesakit gadis telah di sihir tanpa disedari telah membuang segala pakaian yang di pakai, malah tidak ada seorang pun ahli keluarganya dapat memujuk untuk mengenakan kembali pakaiannya. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengaibkan dan menjatuhkan maruah keluarga gadis tersebut, namun kita sebagai masyarakat atau orang yang terdekat janganlah menunding jari atau mencerca menghina mereka, perbuatan ini akan memberi tekanan dan kerungsingan perasaan secara tidak langsung, sebaiknya berilah sokongan bahawa setiap kejadian itu ada hikmahnya dan Allah lebih mengetahuinya. Setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Wallahualllam.

“Dan jika syaitan menganggu kamu dengan satu gangguan maka pohonlah perlindungan dari Allah, maka sesungguhnya Dia lah yang Maha Pendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Fussilat-ayat 36)

** Ini adalah sebahagian jawapan dari persoalan Puan Ashikin
sekiranya ada silap dan salah dalam artikel ini, kami menyusun sepuluh jari. Terima kasih. - DARUL KAHFI