Majlis Berendoi Adik Kahfi

Syukur ke hadrat Illahi dengan izinNya sempena hajat isteri serta arwah ibu saya yang dikasihi (kembali ke Rahmatullah pada 24hb September 2010, Jam 6.40am) maka majlis berendoi Muhammad As'habul Kahfi Bin Ust. Abdul Mutalib dapat dilangsungkan dengan baik atas bantuan seluruh ahli keluarga, sanak saudara serta jiran-jiran yang dikasihi. Setiap detik terasa sebak dan pilu bila mengenangkan ibu yang dikasihi tidak sempat untuk menatap dan melihat cucu lelaki kesayangannya membesar.

Bersyukur dengan pemberian Allah S.W.t di atas kebesaranNya, dimana ibu beliau telah diberi kesempatan oleh Allah S.W.T melihat wajah cucunya di saat-saat akhir kematiannya, bahkan dengan lembutnya memanggil nama Kahfi serta membelai cucunya yang berusia 13 hari. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas nya dan diampun segala dosa-dosanya serta dimasuk ke dalam golongan para salihin. Amin ya rabbal alamin ...

Dan kepada kita semua sayangilah ibu dan sentiasa gembirakan hati mereka kerana sesunguhnya syurga itu dibawah telapak kaki seorang ibu. Kenangilah jasa-jasanya dalam bersusah payah mendidik dan membesarkan kita. Tidak ada yang lebih baik dalam kehidupan, melainkan hidup dalam keredhaan seorang ibu. Sesungguhnya kemarahan ibu adalah kemurkaan Allah. Jadilah seorang anak yang soleh yang ringan untuk mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa. InsyaAllah.

Sesungguhnya kehadiran Muhammad As'habul Kahfi merupakan penantian selama 16 tahun. Semoga beliau menjadi seorang anak yang soleh dan ketahuilah, bahawa diri mu amat disayangi. Ketawa dan tangis mu merupakan penawar kehidupan ibu-bapa mu. Wallahuallam.