Pengenalan Al-Hijamah

Bekam merupakan suatu teknik perubatan sunnah Rasulullah saw dan para-para sahabat Rasullullah yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala, Suatu terapi yang mempunyai khasiat penyembuhan yang sungguh luar biasa dan hanya terungkap sekitar abad ke 20 dan kini dimodenkan dengan menggunakan kaedah-kaedah yang efektif tanpa kesan-kesan sampingan. Bekam didefinasikan sebagai satu kaedah membuang darah (toksid-racun yang berbahaya dari dalam tubuh) melalui permukaan kulit iaitu dapat membersihkan darah yang mengalir dalam tubuh manusia. Toksin ini berada pada hampir setiap orang. Ianya berasal dari pencemaran udara, maupun dari makanan yang banyak mengandung zat pewarna, zat pengembang, penyedap rasa, pemanis, racun sayuran dan lain-lain.

 Rasulullah SAW telah lama mengajarkan kepada kita mengenai ilmu perubatan yang efektif hampir 1,400 tahun yang lalu. Suatu terapi yang mempunyai khasiat penyembuhan yang sungguh luar biasa dan hanya terungkap sekitar abad ke 20.Ia juga adalah salah satu caralah satu Detoksifikasi (proses pengeluaran toksid / racun) yang selamat dan sangat berkesan / mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghapuskan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh / badan serta memberi seribu harapan pada penderita untuk terus berikhtiar mendapat kesembuhan.

Diriwayatkan dalam Shahih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan pengubatan dengan besi panas. (Shahih Bukhari)

Jenis-Jenis Bekam 
Bekam kering atau bekam angin tidak (menggunakan pisau hanya cawan ditekapkan di atas kulit )adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.
Bekam basah atau bekam darah  ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan pisau pakai buang atau pen bekam untuk menghiris sedikit kulit atau menyucuk di point-point tertentu di mana darah toksik akan dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat, kehitam-hitaman, bertali-tali serta berbuih.

Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam. Selepas berbekam hendaklah berehat dan makan/mandi selepas sejam atau dua jam kemudian. Jangan makan makanan laut untuk 2-3 hari selepas bekam bagi mengelakkan rasa gatal pada tempat bekam tadi.

Waktu Berbekam
Berbekam paling baik dilakukan ketika pertengahan bulan hijiriah mengikut kajian para ulama seperti Ibnu Sina kerana ketika ini, darah toksik berhimpun di dalam badan. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit.

Dari Abu Hurairah radhiallaahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.”
(Shahih Sunan Abu Dawud - II/732, karya Imam al-Albani)

Dari Abdullah bin Mas’ud radhiallaahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda: “ Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang kalian lakukan adalah hari ke-17, ke-19, dan pada hari ke-21.” 
(Shahih Sunan at-Tirmidzi, Syaikh al-Albani -II/204)

Larangan Berbekam
* Wanita hamil / Mengandung
* Orang tua yang lemah
* Pesakit darah rendah
* Pesakit kencing manis
* Wanita yang kedatangan haid
* Orang yang mengamalkan ubat pencair darah
* Pesakit leukimia, penyakit kulit yang serius
* Orang yang sangat letih, kehausan, kelaparan atau kekenyangan

Rasulullah S.A.W bersabda:
عليكم بالحجامه في جوزة القمحدوة فإنه دواء من اثنتين و سبعين داء
“hendaklah kalian semua melakukan perubatan dengan bekam di tengah
tengkuk, kerana sesungguhnya hal itu, merupakan ubat
tujuh puluh dua penyakit” (Hadis riwayat At Thabrani) 

Bekam dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 73 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang