Peralatan Bekam Moden

Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang. Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.

Peralatan bekam yang digunakan
* Set Bekam
* Pen lancet
* Jarum lancet
* Minyak Angin Hijau DK
* Antiseptic
* Alcohol Swaps
* Sarung tangan latex
* Face Mask
* Pisau cukur Gillette bagi titik bekam di kepala
* Tisu Gulung bagi membersihkan darah kotor
* Air Dettol untuk membersihkan peralatan bekam

SET ALAT BERBEKAM
Catitan :
Bagi orang sihat dianjurkan menerima rawatan bekam sunnah ini 3 bulan atau 6 bulan sekali manakala bagi yang berpenyakit digalakkan 3 bulan sekali.