Perkhidmatan AL-Hijamah

Perkhidmatan AL-Hijamah dilakukan di Pusat Perubatan Islam Darul Kahfi malah perkhidmatan dari rumah ke rumah juga turut disediakan. Setiap pesakit atau pelanggan yang hadir untuk berbekam mestilah terlebih dahulu melakukan perbincangan bagi mengetahui status kesihatan pesakit, membuat pemeriksaan awal, memberitahu gejala-gejala yang bakal timbul semasa dan selepas dibuat bekam agar perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku.
Perawat / Pengamal bekam turut memantapkan diri dengan ayat-ayat Al-Quran seperti ayat Kursi, doa dan selawat syifa', sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW, membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Ini semuanya perlu kerana bekam bukan sahaja mengeluarkan racun/toksik dari dalam badan tetapi juga sihir. Sihir pula terbahagi kepada beberapa kategori seperti sihir biasa atau bisa-bisa santau. Keadaan ini akan dikeluarkan dengan kaedah khusus oleh Perawat Darul Kahfi. InsyaAllah setiap pesakit / pelanggan yang berbekam disini, Pihak Darul Kahfi akan cuba sedaya upaya bagi memastikan mereka bebas dari sihir. Sesungguhnya yang menyembuhkan adalah hak Allah.

Jadual Rawatan :
Selasa, Jumaat & Sabtu - 8.30pm hingga 12.30am.
Bukan malam rawatan - Sila tetapkan temujanji dahulu


 Waktu Berbekam
Bekam boleh dilaksanakan pada bila-bila waktu tetapi yang terbaik adalah di siang hari, antara jam 2 petang hingga 3 petang seperti yang dicatatkan dalam penulisan Ibnu Sina. Namun, anda boleh memilih masa berbekam mengikut kelapangan masa anda sendiri, dan pemilihan waku terbaik tadi sangat dianjurkan untuk anda yang mempunyai penyakit.

Hari Berbekam
Terdapat beberapa hadis berkaitan dengan hari-hari berbekam, yang sebahagiannya menceritakan tentang hari-hari yang sangat dianjurkan berbekam, dan hari yang sangat tidak digalakkan untuk berbekam. Terdapat juga hadis-hadis yang dha’if mengenai hari dan waktu berbekam, dan kita perlulah bijaksana dalam memilihnya.
Sangat digalakkan : Isnin, Selasa, Khamis
Tidak digalakkan  :  Rabu 

Ia hanya garis panduan untuk mendapatkan kesan yang optimum kepada tubuh badan. Namun anda boleh berbekam pada bila-bila waktu dan hari mengikut kelapangan waktu anda, dan pemilihan hari terbaik tadi sangat dianjurkan untuk anda yang mempunyai penyakit.

Tarikh Berbekam
Terdapat banyak hadis berkaitan tarikh-tarikh terbaik untuk berbekam, dan saya menemui hadis yang sahih (takhrij Albani dalam Sahih al’Jami’, tetapi hasan menurut Tirmizi) berkaitan perkara ini. Tarikh terbaik untuk berbekam ialah 17, 19 dan 21 haribulan setiap bulan kalendar Hijriyah. Namun, anda boleh memilih tarikh berbekam mengikut kelapangan masa anda sendiri, dan pemilihan tarikh terbaik tadi sangat dianjurkan untuk anda yang mempunyai penyakit.


* Kadar Bayaran Rawatan di Perubatan Islam Darul Kahfi tidak dikira
   melalui cup atau point. Ianya adalah  Standard Pakej.
* Bagi perkhidmatan bekam dari rumah ke rumah, pelanggan boleh
   berbincang dengan perawat sendiri.
* Sila buat temujanji terlebih dahulu sebelum mengunjungi pusat
   rawatan kami supaya anda tidak perlu menunggu lama
   sebelum membuat rawatan.