Herba Tangas Untuk Wanita

Amalan bertangas atau mandi wap untuk wanita bagus dilakukan setiap kali selepas bersalin dan selepas haid. Bertangas akan mengaktifkan pengeluaran peluh sebagai rawatan detokfisikasi yang menyebabkan racun / toksik akan keluar dari tubuh badan khususnya di bahagian sulit. Bahkan bukan terhad dikalangan kaum wanita melayu sahaja. Bagi ibu bersalin ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan rahim serta dapat mengelakkan keluar tombong (proplase). Dalam jangka masa panjang ia dapat menghidari daripada penyakit puan seperti keputihan, kegatalan vagina, saluran sulit yang longgar dll. Bagi wanita yang sudah berusia, ia membantu mengetatkan saluran vagina selain masalah haid tidak teratur.
Bertangas juga tidak terhad untuk wanita yang lepas bersalin sahaja, malah yang masih belum berkahwin pun digalakkan bertangas untuk menjaga kesihatan dan kebersihan di bahagian intim sebelum berumahtangga.  Kesimpulannya bertangas ini dapat memberi kesihatan yang baik pada dalaman dan fizikal.
Bahan-bahan yang digunakan di sini mudah dan ringkas tetapi memberi hasil yang memuaskan. Antaranya Daun Gandarusa, kulit limau, bawang merah serta pelbagai jenis herba,  bahan-bahan tersebut akan didoakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran selaras dengan hukum syarak. InsyaAllah herba tangas ini mampu dan berkesan membuang angin-angin jahat seperti angin gila meroyan, bisa-bisa badan akibat santau, lemah badan, penyakit rahim dan sebagainya.

Aturcara Rawatan Di Rumah
Ketika rawatan bertangas, boleh amalkan senaman kemutan otot rahim atau senaman tarik nafas dari bahagian ari-ari , naik ke dada sambil mengemut saluran faraj seperti menahan air kencing dan kemutkan dubur seperti menahan najis atau kentut . Senaman ini membolehkan wap herba disedut masuk kedalam faraj dengan mudah. Pergerakan otot-otot dalam dapat memberi kekuatan otot saluran sulit dan rahim  serta mempercepatkan keluaran sisa toksik. Bertangas atau mandi wap dibuat dengan selubung seluruh badan dengan kain dari paras leher hingga ke paras lantai agar wap tangas menyeluruh kena pada tubuh badan terutamanya pada alat sulit. Herba tangas akan dibekalkan untuk 7 hari dan terpulang kepada anda untuk mengolahkannya samada untuk kegunaan 7 atau 3 hari.
Jika anda tidak mempunyai set sauna atau tangas, anda dapat lakukan sendiri dengan menggunakan bangku/kerusi kayu yang tidak mempunyai penyandar (kalau boleh elakkan dari menggunakan kerusi/bangku plastik kerana biasanya bahan plastik akan bertindak balas dengan kepanasan dan mengeluarkan toksik dan mungkin akan menimbulkan isu kesihatan lain pula) dimana di bahagian tengah duduk kerusi itu di tebuk lubang besar bagi memudahkan keseluruhan wap herba itu keluar naik ke atas.
Herba tersebut akan direbus selama setengah jam, sebaiknya direbus dalam periuk tanah. Kemudian diletakkan di bawah lubang kerusi tersebut. Anda boleh santai bertangas selama 30 minit atau lebih tetapi terpulang kepada setiap individu kerana kesan yang dapat dirasa adalah berbeza.

** Anda boleh bertangas mengikut kelapangan masa dan jadikan ianya sebagai satu  kaedah rawatan pencengahan bagi penyakit-penyakit puan. InsyaAllah.