Uniknya Ciptaan Allah

KENANGAN INDAH bersama seorang pemuda muslim Akbal yang dilahirkan di Pakistan dengan ketinggian 8 kaki 9 inci dan merupakan manusia yang tertinggi di dalam Dunia (Book of Record). Mungkin bagi sesetengah manusia beranggapan jelek dan tidak cantik. Setidaknya pun akan merasa pelik, hairan dan sebagainya. Kelihatan Akbal agak letih sedikit namun masih sempat memlemparkan sedikit senyuman untuk saya dan Ust. Abdul Mutalib. Tetapi dari jiwa kami amat menyentuh perasaan dan terasa amat sayu akan kehebatan Pencipta Alam Yang Maha Agung Lagi Maha Penyayang ke atas hamba-hambaNya.

Anugerah Allah kepadanya, adalah bersesuaian dengan kekuatan akal fikiran serta fizikalnya. Semoga Hidupnya dalam Rahmat Allah dan Matinya dalam Husnul Khatimah. Amin Ya Rabbal Alamin....

DIA bersifat iradat iaitu wajib Allah bersifat berkehendak seperti Firman Allah S.W.T, Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : "Jadilah!" maka terjadilah ia.... ( Surah - Yasiin : Ayat 82 )

** Hendaknya sentiasa kita Bersyukur kepada Allah atas segala nikmatNYA dan bersabar atas segala bala dunia samada berbentuk kifarah atau ujian. Wallahuallam.

SesungguhNya Allah Maha Mengetahui setiap kejadian "Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu." ( Surah - Al Baqarah : Ayat 29 )